Nafas baby berbunyi

I tak tahu nak buat apa...nafas anak kesayangan i berbunyi.....dia xdemam, xselsema dan xbatuk. mcm ada kahak kat saluran hidung itu. kalo ikutkn nk gak khusyuk teman hubby tengok dvd faster, lakonan the rock (best gak citer nie) tp tanggungjawab kat anak lg penting. nie yang i dapat from some of the research:

1. bagi madu (atas 1 tahun)
2. bawak g jumpa doktor - nie dh pernah bawak alya pergi sekali- doktor bagi nebulizer.
3. doktor xbagi ubt selsema/batuk pun....biar kuar sendri dgn cara muntah.
mmg lama gak nak tunggu dia pandai muntah...kecik2 mmg xpenah muntah.
tapi sekali muntah...mmg kuar lendir mcm kahak/hingus.
lepas tuh dah elok...
4. bila kena selsema aja mula lah dia punya bunyi datang...bila g klinik doktor mesti bagi ubat untuk pecahkan kahak!!! lepas aja makan ubat tu mmg anak aku akan muntah dengan lendir2 sekali!!!
5. Madu sebenarnya boleh diberi dari 6bulan keatas kerana bb tidak dapat hadamkan madu ni, tapi ros beri jugak dlm kuantiti yg sedikit... lepas tu bagi dia minum ari putih atau susukan dia utk madu tu jadi cair, alhamdulillah ok.
Takde dah bunyi2 tuer.
Or another pilihan u boleh g kat kinik swasta utk proses sedut keluar kahak atau ubat utk cairkan kahak tu.
Ni tengok kepada tahap bb tu ler, kalau dah teruk dia sedutttt...
Pastu ok dah, try ler mane satu u rase yg patut
6. teknik tepuk bantu masalah kahak:

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah. sumber - http://pmr.penerangan.gov.my



Comments

  1. tq for sharing. my baby breath bunyi kuat.. sgt risau.. doc lak just bg nabulizer.. tp bnyik tu x kurang pun.. maybe leh try fisio tu.. tq

    ReplyDelete
  2. Anak sy mmg selalu nafas bunyi gitu..mcm ada kahak byk.g klinik doc xleh buat apa2.So,sy bagi supplement Omega Shaklee..alhamdulillah sihat.

    ReplyDelete
  3. anak saya bunyi bila menangis dan tarik nafas kuat..bila bernafas biasa ok pulak..

    ReplyDelete
  4. anak saya bunyi bila menangis dan tarik nafas kuat..bila bernafas biasa ok pulak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts