Perbezaan mengandung kembar n normal

Semlm balik dr kerja aku rasa macam basah jer, nk kata aku buang air kencing mcm xlogik sebab sebelum tue aku dh buang air. tp dtg dr mana air tue. xkn air ketuban kot sebab aku br jer peknen masuk 27 minggu. biler bau jer bukan air kencing, husband aku ajak pi klinik, tp aku ckp xpela sbb xsakit pun. kalo kuar lagi, nanti aku check betul2 air apa tue. yela kalo air kencing mestila ada bau, keputihan ker...sebab selama peknen nie xpernah lak aku mengalami keputihan melainkan time peknen kembar nie aku selalu batuk ngn selsema. kalo batuk tue mesti kena pakai pad sebab biler bersin atau batuk kuat sikit, terkeluar sikit air kencing. mungkin sebab perut aku nie kecik, biler ada 2 baby kat dlm, lagila sempit...jadi menekan pundi kencing.

tadi aku ada terbaca dr nonaku.com kt topik simpton sewaktu mengandung, aku paste kt sini yer.....thanks to nonaku.com. aku ambil artikel nie yer.


Jika anda mengalami simpton di bawah hubungi doktor anda segera walaupun anda rasa seperti tiada masalah mengenainya. Biasanya ini tidak mendatangkan masalah besar namun membuat pemeriksaan lebih baik bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
1. Rasa sesuatu tidak kena – percaya pada perasaan anda dan hubungi doktor. Jika ada masalah, anda boleh dapatkan bantuan dengan segera. Jika tiada masalah, tidak mengapa.
2. Terasa sakit yang teruk di bahagian atas atau pertengahan perut sama ada disertai dengan loya/muntah atau tidak. Ini mungkin kerana masalah penghadaman, keracunan makanan atau pre-eclampsia iaitu keadaan yang serius yang memerlukan tindakan segera
3. Demam melebihi 37.5 perlu berjumpa doktor. Jika melebihi 39 anda mungkin telah dijangkiti kuman. Jika berlaku dalam masa yang panjang, mungkin berbahaya kepada bayi.
4. Mengalami masalah penglihatan seperti kabur, berkelip atau mengalami flashing spots yang berlaku selama lebih 2 jam, itu tanda anda mengalami pre-esclampsia
5. Bengkak atau sembab pada tangan, muka dan mata biasa dialami ketika mengandung. Tetapi jika mengalaminya dengan teruk dan tiba-tiba diikuti pula sakit kepala dan masalah penglihatan, ini mungkin simpton pre-esclampsia
6. Pendarahan vaginal sama ada sedikit atau banyak. Jika keluar ‘spotting’ tanpa rasa sakit, ini adalah normal.
a. Pendarahan dengan kesakitan kuat dan berterusan di sebelah perut sahaja ini mungkin mengandung ectopic (luar rahim)
b. Pendarahan yang banyak disertai dengan sakit di perut yang berterusan mungkin tanda keguguran. Saya pernah alaminya, doktor nasihatkan berehat. Darah keluar banyak seperti period ketika 7 minggu mengandung. Kemudian keluar sedikit-sedikit berterusan selama hampir 2 minggu. Alhamdulillah selepas berehat panjang, kandungan saya dapat diselamatkan. Namun doktor juga tidak benarkan saya membuat kerja berat termasuk memandu.
c. Di akhir mengandung, pendarahan mungkin tanda uri telah berpisah dari dinding rahim atau kelahiran pra matang jika berlaku sebelum 37 minggu
7. Keluar cecair dari vagina
a. jika berlaku sebelum 37 minggu ini menandakan membran telah pecah dan air ketuban telah keluar. Doktor perlu menahan anda untuk mengelak jangkitan dan membuat persediaan kemungkinan berlaku kelahiran pra matang. Jika sebelum 34 minggu, doktor akan berikan suntikan untuk memastikan paru-paru bayi kuat jika bersalin awal. Anda akan rasa basah dan seperti kencing dalam seluar sedangkan sebenarnya bukan kencing.
b. Jika telah melebihi 37 minggu ini mungkin tanda anda akan bersalin.
8. Rasa dahaga secara tiba-tiba diikuti dengan terlalu sedikit atau tiada air kencing. Ini tandanya anda mengalami dehydrasi atau gestational diabetes
9. Sakit ketika buang air kecil diikuti sakit belakang. Anda mungkin mengalami jangkitan pada pundi kencing.
10. Muntah
a. Muntah yang berterusan selama 2 ke 3 kali sehari semasa trimester pertama boleh menyebabkan anda kekeringan (dehidrat) dan lemah dan mungkin perlu dimasukkan air.
b. Muntah ketika peringkat akhir mengandung, atau muntah diikuti sakit dan/atau suhu meningkat. Ini mungkin tanda pre eclampsia.
11. Pitam atau pengsan, mungkin kerana anda kurang makan atau anda mengalami tekanan darah rendah
12. Pergerakan bayi kurang atau tidak bergerak dalam 24 jam selepas 21 minggu. Awasi pergerakan harian bayi. Kadang bayi tidur. Jadi cuba ‘kejutkannya’. Jika masih tidak bergerak perlu jumpa doktor.
13. Rasa gatal ketika peringkat akhir mengandung sama ada dengan atau tanpa jaundis, kencing berwarna gelap dan najis yang pucat. Ini mungkin tanda hepatitis atau masalah hati. Biasanya gatal-gatal adalah biasa kerana kulit meregang untuk pembesaran bayi tetapi jika teruk semasa waktu malam dan melibatkan gatal di kaki dan tapak tangan anda perlu jumpa doktor
14. Jatuh atau berlanggar sesuatu di perut. Terutama jika berlaku kebocoran cecair atau pendarahan, anda perlu ke hospital

so, take care ur pregnancy.....precaution is better than cure.

Comments

Popular Posts