cucuk kancing gigi masa hamil & hb rendah

assalamualaikum semua... hari nie pergi check up pregnant 28 minggu. cukup 7 bln. shud be semalam check bsp tp sbb keluar g jalan2, xcheck la gula😂.akibatnya....doktor mintak check hari selasa dan dtg klinik review hari rabu. huhu. kena mai klinik lg. check hb td rendah, 9.5 jer. dah kena repeat sbb turun byk sgt compared dengan las month, 10.7. kena hulur tangan ambik darah kt lengan lak. biler check....10.1. okla, xdela teruk sgt turunyer. aku lak jenis memang seorang yg pembimbang.yela bab2 kesihatan nie memang semua org kena sensitif..terus order shaklee dari kawan. dari research pasal hb rendah nie, antara cara yang dapat menaikkan hb; 1.susu kambing -pernah ambk wildan dan lazz (baru beli lepas check up td sbb wildan dah lama habis) 2. kurma - las weken pi beli.makanan sunnah, kurma, kismis, buah tin,avocado. tp sbab ada bsp ( kencing manis masa mengandung) kenala jaga2 gak mkn kurma sbb kurma nie kan manis. 3. shaklee - vitalea. (baru nak orde😅) 4. minyak kelapa dara - beli brand minyak kelapa dara d'aura. nie baca dari fb. katanya blh menaikkan hb. tp xmkn lg sbb takut baby keluar awal lak. yela peknen kali nie uri kat bawah. tp type 1 jela. xtutup rahim. doktor kata akan naik. insyallah. 5. ubat naikkan hb. cam biasa obimin, zat besi (color maroon yg xsedap tu...rasa cam besi. hehe) dan iberet. 6. makanan. hati...kerang..jambu batu...dll Disebabkan aku memang xsuke ubat naikkn hb tu sbb bile.makan je muntah , terpaksala ikhtiar cara lain utk naikkan hb. dah masuk 7 bulan nie...kena cucuk kancing gigi lak. adala baca sikit pasal.cucuk nie. Pentingnya cucuk kancing gigi(copy paste dr blog rizaros -sy copy yer) :- - Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut. - Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy). - Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu. - Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang. - Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama. - Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan. - Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman. - Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini. - Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman tp sebab kita xtahu apa yg akan berlaku...better ambik jer. cucuk nie majoriti kata sakit,kebas2, dll. aku rasa cam berat je dh tangan nie. baru sapu minyak cap kapak td. ada pendapat mengatakan dapat meratakan ubat. ada cakap tuam...tp ada kata tuam xelok nurse cakap. so...sapu minyak jela. lgpn, sblm nie mesti sapu minyak cap kapak lepas anak cucuk vaksin. so far, xd masalah. wahhh...mata dh mengantuk. kesan cucuk 2 kali td kot. nk melelap sekejap. jgn lama sudah. banyak kerja nk buat😄

Comments


  1. You have a great way with words as shown in your article. You're even good with informational content like you have here. I like your views and your writing technique. Keep up the good work!
    ikea laundry basket

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts