Demam kanak-kanak (tonsil bengkak)

hmmm....nak citee pasal anak demam. planned asal nk balik kmpg, tp sebab  tp anak demam dari rabu. g klinik dok bagi ubat demam jer. ada cakap tonsil anak bengkak, tp xbg antibiotik. biler demam anak xsembuh2, masuk hari ke 3, we all decide utk ke klinik lain for 2nd opinion sbb pelik kan. dan mata anak start merah kt tepi mata tue.

pagi2 dh bawak anak k klinik, doktor cakap ohhh tonsil doa bengkak. shud be doc sebelum nie bg antiobiotik utk stop jangkitan virus. dan mata tu merah sbb selsema. oooo sik baik. tp mak ckp lak, merah mata sbb badan anak panaa sgt. bimbg jugak penyakit nyamuk tue. musim2 ujan nie byk nyamuk. biasa anak demam, aku amalkn petua2 tradisional jugak. dan kejap je sembuh. nie melarat lebih 3 hari tu bimbang.

petua yg biasa diamalkn waktu anak2 deman;

1. gandakan bg jus caliph, vit c dan buah limau
2. bakar bawang putih, lenyek dgn minyak zaitun. sapu pd tapak kaki, belakang badan dan tengkuk dan ketiak. jgn byk sgt...sebiji bwg dan 2 sudu besar minyak zaitun
3. pakaikn kaki anak dgn stoking yg dibasahkn dgn perahan lemon campur dgn air biasa
4. bawang putih tumbuk lenyek, masukkn dlm stoking dan pakaikn pada anak. jgn byk sgt, panas bawang putih nie. elok.letak.kt.tapak tengah tu xkena pada tapak kaki.
5. bancuh madu campur.air lemon
6. buat air doa. bg minum.
7. bc doo2 demam panas, tiup pada tangan dan raut pada anak. dari kepala smpi huj kaki.
8. air asam jawa basahkn kepala anak atau basah pd kain dan letak kt kepala anak. make sure kepala anak sentiasa basah.
9. air daun bunga raya. tenyeh2 daun bunga raya dlm besen air..basahkn kepala.anak. cepat gak berkesan cara nie. cuma daum bunga raya susah nak jumpa..

doa demam panas

nie dari blog, qisah qaseh. mmg biasa baca kalau anak demam. terima kasih dan copy yer qisah qaseh.


Langkah #1: Sediakan bahan berikut:
1. Air mineral
2. Besen kecil
3. Tuala muka
4. Ais
5. Baldi kecil
Langkah #2: Bacakan rangkaian doa berikut 
1. Al-Fatihah (1x)
2. Ayat Kursi (1x)
3. Selawat Syifa’ (1x)
Sambung dengan doa berikut;
4. Doa Nabi Ibrahim a.s (1x)
Maksudnya:
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (Surah al-Anbiyaa’ : ayat 69)
atau;
. Doa demam panas (1x)
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.

Kesemua  rangkaian doa tersebut.

Langkah #3: Proses rawatan
1. Setelah selesai membaca doa hembus pada air mineral (air zam-zam lagi bagus) sehingga habis nafas.
2. Masukkan air yang telah didoakan ke dalam besen kecil.
3. Rendam tuala ke dalam besen yang berisi air doa.
4.  Tuam tuala tadi ke anggota badan pesakit bermula dengan celah jari kaki kemudian di belakang lutut, celah paha, celah ketiak, leher, tengkuk dan jelum kepala (gunakan kain yang lain).
Langkah #4: Usaha tambahan
1. Mandi seperti biasa mesti dilakukan (pagi & petang)
2. Jika panas berterusan;
a. masukkan air doa ke dalam baldi kecil (mesti didahulukan)
b. masukkan ais
c. Rendam kaki pesakit ke dalam air yang berisi ais
d. Pantau suhu badan pesakit
3. Dapatkan rawatan doktor

Comments

Popular Posts