Resepi Ikan bakar simple dan meletop

24 March 2018

Hi dan salam semua😘

nak share resepi hr nie. ikan bakar sedap dan umphhhh. simple jer resepi nie asal ada cukup bahan mmg kejap jer siap. aku mmg xprnh wat ikan bakar resepi agak penuh mcm nie. biasa wat yg simple jer. jap nak share yer.


Bahan- bahan
1. sediakan ikan atau ayam. xkisah ikan apa tp aku guna ikan pari kali nie.
2. 1 helai daun kunyit
3. 2 helai limau purut

Bahan kisar
1. 3 ulas bawang merah/ seulas kalau bawang Merah besar
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 batang serai. hiris yer yg bhgn bawah tu
4. 1 kelopak bunga kantan. kalau xsuka letaj separuh blh
5. 1 sudu besar rempah kari ikan
6. sedikit air asam jawa
7. 1 sudu kicap pekat
8. sedikit belacan bakar
9. 1 inci halia
10. 1/2 inci lengkuas
11. gula garam dan sedikit kiub ayam jika mahu letak

Tumis semua bahan dikisar..sambil tu sediakan ikan di atas daun pisang atau aluminiuk foil. ambk tumisan yg dimasak td dan gaulkn ikan dengan. letakan hirisan daun kunyit dan limau purut.

balut ikan dan bakar di dalam pan anda. make sure pan yg xlekat tu yer. skrg rasayer semua dh ada pan tue. tutup dgn penutup daj tunggu masak. xlama sbb wap dh terkumpul.

siap untuk dihidang dan mmg umphhhh👌👍
credit tu abg brian sbb resepi nie berdasarkan resepi beliau👏




Comments

Popular Posts