Pantai Remis Kuala Selangor

4 March 2018

Selepas ke bukit melawati kitaorg terus ke pantai remis. hubby aku nie mmg suke g pantai, so yg terdekat pantai niela. takkn nak k port dickson lak ek. ada lg pantai2 kat selangor nie mcm pantai remis, pantai morib, pantai bagan lalang, pantai kelanang, pulau indah, pulau ketam...yg biasa kitaorg pergi pantai moribla.sbb ada hotel sekali ngn watee theme park kat situ.

tapi.masa kitaorg dtg hr tue tgh construction. mcm no wat tambak je tgk. tp still ramai org bkelah dan mencari remis. meredah lumut mencari remis. nmpk banyak juga yg diorg dapat. siap berkhemah dan masak remis tue. mcm2 menu gak diorg masak. tp mmg xd nak.kemas2.la kn. time sampai tu dlm kul 3 lebih petang, mostly port pantai dh penuh ngn org2 khemas. ada parking lot dan ada parking depan pantai. sbb tgh construction dan port penuh, si gebuk comel kyra lak tidur, jadi aku ngn anak2 jer g tgk pantai. papa tunggu kyra dlm keta. biasala laki aku nie jenis xsuke serabut ramai2 org. aku lak sempoi. jenis muka xmalu...erkkkk😃😂😄

senpat jugak captured few pictures for our family album. jom layan.
 ðŸ‘¸princess tgh merenung masa depan dan munasabah diri
 ðŸ‘­penuh ngn sarung remis ek( panggil apa nie ek....kulit remis ek😂)..aku kurang minat benda alah nie...huhu


so, serba sedikit pasal.pulau remis nie..credit to maisinggah.com.

Pantai Remis merupakan sebuah pantai yang indah dan sering menjadi tarikan ramai penduduk tempatan yang ingin berkelah pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Namun, kalau anda ingin berenang-renang, air di pantai ini agak tidak sesuai kerana ia ditambak oleh batu-batu besar.
Tapi, banyak aktiviti menarik yang lain yang boleh dibuat di sini seperti menikmati makanan laut di gerai-gerai di sekitar pantai, bermain layang-layang, memancing ikan, dan mencari kerang atau ala-ala. Pengalaman berkelah di sini pasti menjadi satu memori yang manis bersama keluarga terutama sekiranya anda berpeluang menyaksikan cahaya indah matahari terbenam yang memantulkan cahaya pada air laut.

Comments

Popular Posts